1. Pengenalan
· Terdapat banyak pernyataan al
Quran dan hadith mengenai kewajipan umat Islam membuat pemerhatian,
penyelidikan dan mempelajari mengenai alam tabii. Ia adalah asas kepada sains
dan teknologi.
· Objektif pemerhatian penyelidikan
mengenai alam adalah memenuhi dua objektif iaitu ;
i.
Mengenal secara terperinci hukum
alam dan mengambil faedah darinya dari sudut gunaan atas sifat manusia adalah
khalifah Allah.
ii. Mengenal keagungan Allah tadbiran
dan keagungan ZatNya.
· Antara ayat yang mengarah kepada
pemerhatian dan penyelidikan alam tabii dan fenomenanya adalah ;
i. “Patutkah mereka (membutakan
mata) tidak mahu memerhatikan alam langit dan bumi dan seagla yang diciptakan
Allah dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka”. Surah al A’raf (7) : 185
ii.
“Kalaulah mereka menyangka Kami
tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula, maka tidakkah mereka
memandang ke langit, bagaimana kami membinanya serta kami hiaskannya dengan
bintang-bintang dengan keadaan tidak ada padanya retak renggang...”. Surah Qaaf (50) : 6-8
iii.
“Sesungguhnya pada kejadian
langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda kekuasaan,
kebijaksanaan dan kekuasaan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal”. Surah Ali Imran (3) :
190
iv.
“Kami akan perlihatkan kepada
mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di mana-mana tempat dalam alam yang
terbentang luas ini dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas
kepada mereka bahawa al Quran adalah benar”. Surah Fussilat (41) : 53
· Seruan dan arahan pernyataan
Allah ini telah menjadi titik tolak kepada ilmuan Islam mengkaji mengenai alam
dan fenomenanya. Melaluinya melahirkan saintis dan teknologi Islam dalam
pelbagai disiplin ilmu sains dan teknologi.
2. Pandangan
ilmuan mengenai pencapaian sains dan teknologi umat Islam
· Terdapat ilmuan Barat beranggapan
kedudukan umat Islam dan ilmuan sainsnya hanya sekadar memindahkan dari
pencapaian sains Yunani dan lain tamadun sebelum Islam.
· Sebahagian ilmuan Barat lain pula
menafikan sebarang sumbangan umat Islam dalam sains dan teknologi.
· Anggapan negatif ini adalah tidak
benar kerana aspek ilmu-ilmu berkaitan kebdaan seperti aspek sains, teknologi
dan yan seumpamanya bersifat dimiliki secara bersama dan manusia dalam sejarah
peradaban manusia berperanan memperkembang, menyempurna dan saling
pinjam-memimjam antara satu sama lain.
· Bagi pihak yang menafikan peranan
umat Islam dalam sains atau peranannya sekadar memindahkan dari tamadun lain
bererti penafian hukum sains tunduk kepada hukum sains sebagai tertakluk kepada
pengembangan di samping penafian realiti umat Islam dalam sejarah tamadun
manusia.
· Penafian sumbangan Islam dalam
sains kecuali sekadar pemindahan bererti penafian kepada kemajuan Barat moden
kesan dari kemajuan Islam dalam sains dan teknologi kerana tamadun Barat dalam
kemajuan sains dan teknologinya hasil pemindahan dari tamadun Islam di Baghdad,
Sepanyol dan Kepulauan Sicily.
3. Pertumbuhan
sains dan teknologi Islam
· Abu Hasyim Khalid b Yazib b
Mu’awiyah b Abu Sufian al Umawi (m.90H), hakim Quraisy, adalah tokoh ilmuan
sains terawal khusus dalam disiplin ilmu kimia dan perubatan. Bertanggungjawab
menterjemah dan mengajar Arab dalam sains di samping menterjemah sains dan
teknologi Mesir dan Yunani.
· Khalifah Umawiyyah dan Abbasiyyah
memberi perhatian dalam penterjemahan buku Yunani ke bahasa Arab bagi
pengembangan pembelajaran sains dan teknologi. Antara khalifah yang memainkan
peranan penting ialah Abu Ja’far al Mansur.
· Khalifah al Ma’mun membangunkan
institusi seperti Bayt al Hikmah untuk pengkajian sains dan teknologi.
· Berkembang pembelajaran sains dan
teknologi di bandar-bandar utama yang dibangunkan umat Islam seperti Baghdad
dan Cordova.
· Terdapat pernyataan al Quran dan
hadith mengenai aspek sains dan teknologi telah mendorong kajian dalam bentuk
kesepaduan antara pernyataan wahyu dan penyelidikan praktikal di kalangan umat
Islam.
· Lahir tokoh penterjemah dan
pengkajian sains seperti Hunayn b Ishak, al Kindi al Fazari, Ibn Musa, Ibn al
Haitham, al Khawarizm dan lain-lain.
· Lahir institusi bagi pembelajaran
dan penyelidikan sains dan teknologi seperti balai cerap, maristan (hospital
besar), Dar al Hikmah, Bayt al Hikmah dan selainnya.
· Lahirnya beberapa teori sains,
matematik dan selainnya yang diperkenal di peringkat awal oleh umat Islam.
· Munculnya tokoh dan ilmuan sains
dan teknologi mewakili umat Islam dalam pelbagai disiplin sains seperti pakar
perubatan, ahli kimia, ilmuan matematik dan selainnya.
· Walaupun institusi sejarah
pertumbuhan sistem persekolahan Islam lebih menitikberatkan pengajian agama,
keadaan ini tidak bererti pembelajaran sains kurang diberi perhatian kerana ia
dipelajari di institusi-institusi khas seperti maristan dan balai cerap kerana
sains lebih berbentuk praktikal.
Sumber: Zainab Ishak (
Ulasan: Kewajipan umat Islam dalam membuat penyelidikan, pemerhatian dan mempelajari tentang alam semesta banyak dinyatakan di dalam Al-Quran. Tujuan kita untuk melakukan penyelidikan dan pemerhatian adalah untuk mengenal pencipta alam semesta ini iaitu Allah s.w.t dan mengenal secara mendalam mengenai hukum alam dan mengambil faedah darinya dengan menggunakan sebaik-baiknya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Ia telah dinyatakan dalam Al-Quran iaitu “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di mana-mana tempat dalam alam yang terbentang luas ini dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa al Quran adalah benar”. Surah Fussilat (41) : 53. Menerusi ayat ini, Allah menyuruh kita melihat tanda-tanda kekuasaanNYA meliputi seluruh alam semesta ini dan tanda-tanda ini adalah kebenaran bahawa kewujudan Allah s.w.t. Sebagai seorang muslim, kita hendaklah menggunakan segala nikmat yang telah tersedia untuk tujuan kebaikan iaitu memperluaskan ilmu pengetahuan bagi pembangunan manusia di bumi ini. Selain itu, seruan dan arahan pernyataan Allah ini telah menjadi titik tolak kepada ilmuan Islam mengkaji mengenai alam dan fenomenanya. Melaluinya melahirkan saintis dan teknologi Islam dalam pelbagai disiplin ilmu sains dan teknologi.
Pencapaian umat Islam dalam sains dan teknologi banyak diperlekehkan oleh sarjana-sarjana barat dengan anggapan bahawa kedudukan umat Islam dan ilmuan sainsnya hanya sekadar memindahkan dan pencapaian sains Yunani dan lain tamadun sebelum Islam. Mereka juga menafikan sebarang sumbangan umat Islam dalam sains dan teknologi. Anggapan negatif ini tidak benar kerana aspek ilmu-ilmu berkaitan kebendaan seperti aspek sains, teknologi dan seumpamanya bersifat dimiliki secara bersama dan manusia dalam sejarah peradaban manusia berperanan memperkembang, menyempurna dan saling pinjam-memimjam antara satu sama lain. Mereka yang menafikan peranan umat Islam dalam sains bererti penafian hukum sains tunduk kepada hukum sains sebagai tertakluk kepada pengembangan di samping penafian realiti umat Islam dalam sejarah tamadun manusia. Di samping itu, pencapaian umat Islam dalam sains dan teknologi dapat dilihat sejak zaman Umayyah dan Abbasiyah lagi dan para khalifah turut sama terlibat dalam pembinaan sains teknologi Islam. Antaranya, Abu Ja'far al- Mansur, Khalifah al-Ma'mun yang mendirikan Bait al-Hikmah dan melahirkan ramai tokoh-tokoh ilmuan Islam seperti Hunayn bin Ishak, al Kindi al-Fazari, Ibn Musa, Ibn al Haitham, al Khawarizm dan lain-lain.

0 Response to "PERKEMBANGAN DAN PENGAJIAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM SEJARAH TAMADUN ISLAM"
Post a Comment