PERKEMBANGAN DAN PENGAJIAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM SEJARAH TAMADUN ISLAM


1.   Pengenalan

·  Terdapat banyak pernyataan al Quran dan hadith mengenai kewajipan umat Islam membuat pemerhatian, penyelidikan dan mempelajari mengenai alam tabii. Ia adalah asas kepada sains dan teknologi.
·  Objektif pemerhatian penyelidikan mengenai alam adalah memenuhi dua objektif iaitu ;
             i.  Mengenal secara terperinci hukum alam dan mengambil faedah darinya dari sudut gunaan atas sifat manusia adalah khalifah Allah.
              ii.    Mengenal keagungan Allah tadbiran dan keagungan ZatNya.
·  Antara ayat yang mengarah kepada pemerhatian dan penyelidikan alam tabii dan fenomenanya adalah ;
            i.   “Patutkah mereka (membutakan mata) tidak mahu memerhatikan alam langit dan bumi dan seagla yang diciptakan Allah dan (memikirkan) bahawa harus telah dekat ajal kebinasaan mereka”. Surah al A’raf (7) : 185
             ii.      “Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula, maka tidakkah mereka memandang ke langit, bagaimana kami membinanya serta kami hiaskannya dengan bintang-bintang dengan keadaan tidak ada padanya retak renggang...”. Surah Qaaf (50) : 6-8
            iii.      “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan kekuasaan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal”. Surah Ali Imran (3) : 190
          iv.      “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di mana-mana tempat dalam alam yang terbentang luas ini dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa al Quran adalah benar”. Surah Fussilat (41) : 53
·    Seruan dan arahan pernyataan Allah ini telah menjadi titik tolak kepada ilmuan Islam mengkaji mengenai alam dan fenomenanya. Melaluinya melahirkan saintis dan teknologi Islam dalam pelbagai disiplin ilmu sains dan teknologi.


2.   Pandangan ilmuan mengenai pencapaian sains dan teknologi umat Islam

·   Terdapat ilmuan Barat beranggapan kedudukan umat Islam dan ilmuan sainsnya hanya sekadar memindahkan dari pencapaian sains Yunani dan lain tamadun sebelum Islam.
·   Sebahagian ilmuan Barat lain pula menafikan sebarang sumbangan umat Islam dalam sains dan teknologi.
·   Anggapan negatif ini adalah tidak benar kerana aspek ilmu-ilmu berkaitan kebdaan seperti aspek sains, teknologi dan yan seumpamanya bersifat dimiliki secara bersama dan manusia dalam sejarah peradaban manusia berperanan memperkembang, menyempurna dan saling pinjam-memimjam antara satu sama lain.
·   Bagi pihak yang menafikan peranan umat Islam dalam sains atau peranannya sekadar memindahkan dari tamadun lain bererti penafian hukum sains tunduk kepada hukum sains sebagai tertakluk kepada pengembangan di samping penafian realiti umat Islam dalam sejarah tamadun manusia.
·   Penafian sumbangan Islam dalam sains kecuali sekadar pemindahan bererti penafian kepada kemajuan Barat moden kesan dari kemajuan Islam dalam sains dan teknologi kerana tamadun Barat dalam kemajuan sains dan teknologinya hasil pemindahan dari tamadun Islam di Baghdad, Sepanyol dan Kepulauan Sicily.


3.   Pertumbuhan sains dan teknologi Islam

·  Abu Hasyim Khalid b Yazib b Mu’awiyah b Abu Sufian al Umawi (m.90H), hakim Quraisy, adalah tokoh ilmuan sains terawal khusus dalam disiplin ilmu kimia dan perubatan. Bertanggungjawab menterjemah dan mengajar Arab dalam sains di samping menterjemah sains dan teknologi Mesir dan Yunani.
·   Khalifah Umawiyyah dan Abbasiyyah memberi perhatian dalam penterjemahan buku Yunani ke bahasa Arab bagi pengembangan pembelajaran sains dan teknologi. Antara khalifah yang memainkan peranan penting ialah Abu Ja’far al Mansur.
·   Khalifah al Ma’mun membangunkan institusi seperti Bayt al Hikmah untuk pengkajian sains dan teknologi.
·  Berkembang pembelajaran sains dan teknologi di bandar-bandar utama yang dibangunkan umat Islam seperti Baghdad dan Cordova.
·   Terdapat pernyataan al Quran dan hadith mengenai aspek sains dan teknologi telah mendorong kajian dalam bentuk kesepaduan antara pernyataan wahyu dan penyelidikan praktikal di kalangan umat Islam.
·   Lahir tokoh penterjemah dan pengkajian sains seperti Hunayn b Ishak, al Kindi al  Fazari, Ibn Musa, Ibn al Haitham, al Khawarizm dan lain-lain.
·   Lahir institusi bagi pembelajaran dan penyelidikan sains dan teknologi seperti balai cerap, maristan (hospital besar), Dar al Hikmah, Bayt al Hikmah dan selainnya.
·   Lahirnya beberapa teori sains, matematik dan selainnya yang diperkenal di peringkat awal oleh umat Islam.
·   Munculnya tokoh dan ilmuan sains dan teknologi mewakili umat Islam dalam pelbagai disiplin sains seperti pakar perubatan, ahli kimia, ilmuan matematik dan selainnya.
· Walaupun institusi sejarah pertumbuhan sistem persekolahan Islam lebih menitikberatkan pengajian agama, keadaan ini tidak bererti pembelajaran sains kurang diberi perhatian kerana ia dipelajari di institusi-institusi khas seperti maristan dan balai cerap kerana sains lebih berbentuk praktikal.

Sumber: Zainab Ishak (  

Ulasan: Kewajipan umat Islam dalam membuat penyelidikan, pemerhatian dan mempelajari tentang alam semesta banyak dinyatakan di dalam Al-Quran. Tujuan kita untuk melakukan penyelidikan dan pemerhatian adalah untuk mengenal pencipta alam semesta ini iaitu Allah s.w.t dan mengenal secara mendalam mengenai hukum alam dan mengambil faedah darinya dengan menggunakan sebaik-baiknya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Ia telah dinyatakan dalam Al-Quran iaitu “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di mana-mana tempat dalam alam yang terbentang luas ini dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa al Quran adalah benar”. Surah Fussilat (41) : 53. Menerusi ayat ini, Allah menyuruh kita melihat tanda-tanda kekuasaanNYA meliputi seluruh alam semesta ini dan tanda-tanda ini adalah kebenaran bahawa kewujudan Allah s.w.t. Sebagai seorang muslim, kita hendaklah menggunakan segala nikmat yang telah tersedia untuk tujuan kebaikan iaitu memperluaskan ilmu pengetahuan bagi pembangunan manusia di bumi ini. Selain itu, seruan dan arahan pernyataan Allah ini telah menjadi titik tolak kepada ilmuan Islam mengkaji mengenai alam dan fenomenanya. Melaluinya melahirkan saintis dan teknologi Islam dalam pelbagai disiplin ilmu sains dan teknologi.

     Pencapaian umat Islam dalam sains dan teknologi banyak diperlekehkan oleh sarjana-sarjana barat dengan anggapan bahawa kedudukan umat Islam dan ilmuan sainsnya hanya sekadar memindahkan dan pencapaian sains Yunani dan lain tamadun sebelum Islam. Mereka juga menafikan sebarang sumbangan umat Islam dalam sains dan teknologi. Anggapan negatif ini tidak benar kerana aspek ilmu-ilmu berkaitan kebendaan seperti aspek sains, teknologi dan seumpamanya bersifat dimiliki secara bersama dan manusia dalam sejarah peradaban manusia berperanan memperkembang, menyempurna dan saling pinjam-memimjam antara satu sama lain. Mereka yang menafikan peranan umat Islam dalam sains bererti penafian hukum sains tunduk kepada hukum sains sebagai tertakluk kepada pengembangan di samping penafian realiti umat Islam dalam sejarah tamadun manusia. Di samping itu, pencapaian umat Islam dalam sains dan teknologi dapat dilihat sejak zaman Umayyah dan Abbasiyah lagi dan para khalifah turut sama terlibat dalam pembinaan sains teknologi Islam. Antaranya, Abu Ja'far al- Mansur, Khalifah al-Ma'mun yang mendirikan Bait al-Hikmah dan melahirkan ramai tokoh-tokoh ilmuan Islam seperti Hunayn bin Ishak, al Kindi al-Fazari, Ibn Musa, Ibn al Haitham, al Khawarizm dan lain-lain.








TOKOH-TOKOH SAINTIS ISLAM (AL-KHAWARIZMI DAN SUMBANGANNYA)


    MUHAMMAD IBN MUSA AL-KHAWARIZMI


            Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusof Al-Khawarizmi.  Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.

            Beliau telah dilahirkan di Bukhara.  Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi.  al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.

PENDIDIKAN


            Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas.  Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

            Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah.  Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.  Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.

            Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan  astronomi.  Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah.  Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitunganIndia pada dunia Islam.  Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

            Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab.  Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.


PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

Gelaran Al-Khawarizmi
Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism.  Nama al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan.  Negara Perancis pula al-Gorism  muncul sebagai Augryam atau Angrism. Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya
Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :
  1. Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
  2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
  3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang.
Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.

Hasil Karya Al-Khawarizmi

Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong dalam bidang matamatik.  Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.
Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :
  1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.
  2. ‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
  3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
  4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai algebra.
  5. Al-Amal bi’ Usturlab’
  6. Al-Tarikh
  7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

Ketokohan al-Khawarizmi

Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri.  Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi.  Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji.

           Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab.  Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun Islam.  Antara karya-karya yang  beliau hasilkan ialah ‘Mafatih al-Ulum’.  Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam.

            Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri.  Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan.  Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.

        Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam.  Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang].

            Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah satu daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orangSpanyol dan Kristian.

            Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad.  Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.

Peribadi al-Khawarizmi

Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat.  Al-Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat.  Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan“pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur....” Maka temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri.

           Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula berkata....’ al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains’.  Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.

Strategi Pengislaman Sains Matematik
Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara iaitu, ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak.  Ini kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh yanh beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut undang-undang Islam.

  1. Tauhid
Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam yang lain.  Mengikut matlamat  Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah iaitu symbol kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan.  Ungkapan yang wujud sewajarnya mencorakkan kegiatan matematik.  Setiap falsafah dan epistemology sains matematik kita tidak harus diterima bulat-bulat tanpa syarat.

  1. Syariah
Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat. Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri.  Dari sudut ini, ahli matematik Islam yang cuba menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan hukum syariah seperti judi, riba dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk memperkukuhkan lagi Institusi.  Oleh itu, matematik Islam hendaklah berkembang selari dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah.


  1. Akhlak
Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai murni.  Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini adalah penemuan aljabar yang melambangkan keadilan.  Ini kerana keadilan itu dituntut oleh agama Islam itu sendiri.  Melalui asas pradigma tauhid dan sya’iyah itu dapat memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak.

Cabang Matematik

Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri, algebra, aritmetik dan lain-lain.

Geometri
Ia merupakan cabang kedua dalam matematik.  Isi kandungan yang diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu ‘geo’ bererti bumi dan ‘metri’ bererti sukatan.  Dari segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat ruang.  Geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun [2000SM].  Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam kurun ke6SM.  Seterusnya sarjana Islam telah mengemaskanikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada abad ke9M.

Algebra/aljabar
Ia merupakan nadi untuk matematik algebra.  Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12. sebelum munculnya karya yang berjudul ‘Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M.  Sebelum ini tak ada istilah aljabar.

Sumber: www.scribd.com (al-Khawarizmi)


Ulasan: Artikel ini mengisahkan mengenai seorang sarjana Islam yang bernama Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi atau lebih dikenali sebagai al-Khawarizmi. Beliau merupakan tokoh yang mula-mula memperkenalkan algebra dan ilmu hisab serta mempunyai banyak ilmu pengetahuan yang beliau pernah pelajari dan berjaya menghasilkan konsep-konsep atau formula matematik yang begitu terkenal hinggalah ke hari ini. Beliau bukan sahaja seorang sarjana Islam yang terkenal dalam bidang matematik bahkan seorang tokoh yang berpengetahuan luas. Pengetahuannya meliputi bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Beliau pernah bekerja semasa pemerintahan Khalifah al-Ma'mun iaitu di Bayt al-Hikmah, Baghdad. Di Bayt al-Hikmah, beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat kajian matematik dan astronomi serta dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Selain itu, beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara pengiraan India pada dunia Islam serta menulis Ensiklopedia pelbagai disiplin. Beliau bukan sahaja terkenal di Timur Tengah malah terkenal di barat. Sumbangan beliau dapat dilihat apabila beliau banyak menghasilkan banyak karya antara karya beliau yang terkenal ialah Al-Jabr wa al-Muqabalah iaitu beliau mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah iaitu mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo. Babylon dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi, sistem angka, Mafatih al-Ulum, Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah pada tahun 820M iaitu mengenai algebra dan terdapat hasil karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa latin oleh Prince Boniopagri, Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind. Di samping itu, beliau meletakkan dasar-dasar pengislaman sains matematik berlandaskan tauhid, syariat dan akhlak.